اصدقآئ

TUHE RACE COME DOHH..


Genap 10 bulan di perantauan ini,Mesir bukan pilihan hati pada mulanya, .Barangkali mungkin dari pengamatan aku ustaz dan ustazah keluaran Mesir tidak bermutu,tak fasih berbahasa arab fusahah,"lagi pun produk Mesir ni berlambak laa kat mana-mana ada jerr..haha"

Selepas keputusan SPM keluar aku dan beberapa sahabat lain merancang kononnya untuk menyambung pengajian di Jordan,aku memang bersungguh walaupun ayah aku tak berapa nak merestui kehendak hati ini,sehinggakan aku terpaksa menguruskan sendiri segala prousedur untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan tersebut bersama beberapa orang sahabatku.Berulang-alik ke Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam masa sama aku masih belajar di tingkatan 6 bawah.Aku tak berapa confident(yakin) pun boleh capai yang aku buat ni,memandangkan riak muka bapaku tak mengizinkan dengan memberi alasan bahawa kos hidup di sana mahal."tok soh laa mad,adik-beradik mu ramai lagi nak ngaji,aku tanya ust mat ya,(Timbalan Pengarah YIK)dio kato ngaji denuh maha(mahal).Bukenyo molek ilmu denuh,ore arak pung ado hok tok beto jugok" begitulah alasan yang ayah aku utarakan ketika setiap kali aku nak berbincang dengan beliau mengenai hasrat aku.

Ah! aku tetap dengan pendirian aku,aku ni spesis manusia keras kepala,apa yang aku nak mesti aku akan usaha untuk dapatkannya,"kalu aku kato tu,tu laa..."(loghat kelantan: kalu aku cakap nak benda tu,aku akan capai apa yang aku inginkan).,cita-cita nak jadi macam Tok Guru(Menteri Besar Kelantan)"bukan mahukan jawatan yang disandanag oleh beliau tapi ilmu yang beliau kuasai dan cara penyampaian kuliah dan kewarakkan yang tiada tolak bandingnya dengan Menteri Besar lain yang berada di Malaysia sekarang,aku mula mengenali beliau ketika aku sambung belajar di Maahad Darul Anuar (MADA) pada masa itu aku tingkatan 4 walaupun sedikit berumur dari kawan-kawan yang lain pada watu itu,ketika itu umur aku mencecah 19 tahun,jiwa yang kental untuk mempelajari ilmu dan ingin menjadi seperti orang lain, aku ketepikan segala pandangan negatif terhadap diriku ini.MADA lebih mesra dengan panggilan Sekolah Pulau Melaka atau dengan jolokan Sekolah Tok Guru.Aku berkeinginan untuk menjadi pendakwah seperti beliau,bagi ilmu kepada rakyat.Aku kagum sangat dengan peribadi beliau.tak pernah aku jumpa dalam dunia ini Menteri Besar semulia beliau,berjiwa rakyat,huh!! semasa di sekolah aku tak miss(ketinggalan) mengikuti kuliah beliau,tak cukup hari rabu malam khamis dan hari khamis malam jumaat sahaja,pagi jumaat pun aku ikuti walau terpaksa menaiki bas ke Medan Ilmu ianya merupakan tempat yang bersebelahan dengan Ja'far Rawas(kedai buku),kalau boleh nak berdamping dengan dia setiap masa,kalau setakat kuliah subuh tu,"nak-nak hagri aku dengar"(loghat kelantan:setiap hari aku tak lepaskan peluang).

Aku asalnya belajar kat Selangor,Hulu Langat.Dulu sebelum kenal dunia luar ni aku menghafaz Al-Quran,aku dulu lain,sekarang lain haha... manusia ni semakin lama hidup semakin banyak dia akan tahu.bak kata pepatah:" Jauh Perjalanan,Luas Pengalaman" kan-kan???..hee Alhamdulillah..4 tahun aku tamatkan hafazan,dari tahun 2000 hingga tahun 2004,aku tamatkan hafazan Quran pada tahun 2003 lagi,tapi atas kemahuan diri untuk mendapatkan syahadah(sistem pengajian tahfiz).Bukan mudah nak capai tahap ni,bertungkus lumus,hempas-pulas,teringat aku pada kata-kata tok guru aku dulu"Aku nak hampa pulun betoi-betoi Quran ni bagi ingat" biasala orang kedah..

Berbalik kepada cerita aku nak sambung pelajaran ke Jordan tu,pada mulanya lebih kurang 7 orang termasuk aku yang mahu menyambung ke sana,tapi yang pelik lagi ajaibnya,kawan aku yang sorang ni,dia memang memasang niat betul-betul nak sambung ke Mesir,dia anak kelahiran Perak kalau tak silap,dulu sebelum dia datang ke sekolah Pulau Melaka dia belajar di salah sebuah Sekolah Agama bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia,mudah-mudahnya bukan Sekolah Agama Rakyat(SAR).Tak sampai beberapa bulan di Pulau Melaka,hasrat belajar datang di situ untuk mengambil peperiksaan STAM,mungkin 4 atau 5 bulan sahaja bersama dengannya,dengan dia sekali sambung ngaji ke Jordan.tiggallah aku,Zikri dan Syafiq yang masih belajar di Pulau Melaka dan mengambil peperiksaan STAM.

Disini aku ringkaskan sahaja,sebenarnya banyak suka dan duka yang ditempuhi dalam memastikan cita murni ini digenggam erat,hanya "Hangat-hangat tahi ayam" sehinggakan mengalirkan air mata sebagai seorang pejuang atas kegagalan misi yang dirancang..eh! touhcing juga mamat ni..hehe

Aku sudah mengatur plan yang ke-2,tidak lain ialah melanjutkan pelajaran ke Mesir.Kalau nak diikutkan pada hasrat ayah aku sebenarnya,dia mahukan aku masuk DQ(Darul Quran),tapi apakan daya minat aku bukan disitu,memangla kalau belajar disitu terjamin masa depannya,sebab ianya dibawah JAKIM(Jabatan Kebajikan Islam Malaysia).Dulu memang aku beriya-iya sangat nak ke DQ,pengaruh dari kawan aku lagipun ramai kawan aku disana.Dek kerana sebuah matlamat yang begitu besar aku impikan,aku rela berkorban demi kesenangan yang sementara itu"Ah! ngaji di Universiti tempatan pun belum tentu boleh kerja lagi,ramai geraduan yang tanam anggur,lagi-lagi kalau aliran agama" memandangkan Malaysia bukan sebagai sebuah negara yang mengambil kira kepentingan agama sebagai salah satu aset untuk memastikan keseimbangan sesebuah tamadun,sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.

Akhirnya keputusan STAM keluar pada awal tahun 2008,aku masih dalam dilema dengan keputusan yang aku perolehi,kalau nak dibandingkan aku study memang jauh berbanding dengan keputusan yang aku perolehi pada ketika itu.Kalau nak dikatakan malas tu ada juga,tapi aku salah seorang pelajar yang ditarget untuk memperolehi pangkat mumtaz,tapi ini semua berkat dari doa kedua ibu bapa aku dan solat hajat yang aku lakukan beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.

Aku bukan tak tahu keterjaminan masa depan itu lebih lumayan jika menyambung pengajian di Universiti tempatan.Aku tak apply pun untuk belajar di mana-mana Universiti di dalam Malaysia.Dalam masa-masa yang berbaki ketika tinggal di Malaysia,lebih kurang 4,5 bulan aku bekerja,semuanya untuk memenuhi masa yang terbuang begitu sahaja.

Ada juga kawan-kawan aku yang mengisi masa yang berbaki itu dengan belajar di pondok-pondok,"Biarlaa..aku ada matlamat aku,mungkin itu matlamat diaorang"detik hati ini,kerana melihat sahabat-sahabat yang begitu tekun dalam menuntut ilmu.

Banyak juga agenda yang disusun oleh Kerajaan dalam mengurus pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di Mesir,Biro Tata Negara(BTN).Tapi kalau puak ni(BN) buat tak lain,tak bukan untuk memastikan sirvival mereka dan matlamat mereka tercapai,"nok suruh ore punoh"(loghat kelantan:mahu melihat pemuda-pemudi harapan bagsa rosak dengan arus keduniaan yang tak mengenal erti puas)aku malas nak cerita perkara yang tak masuk aqal yang aku terpaksa lakukan,memang satu pekerjaan gila,luar dari kewarasan aku,buang tabiat.

Kerajaan Negeri(Kelantan) pun tak ketinggalan menganjurkan program yang memberi manfaat untuk kami selaku bakal Mahasiswa/wi yang bakal ke timur tengah,memberi pendedahan awal mengenai pengajian disana,enviroment Mesir dan lain-lain."Alhamdilillah....kami menyokong kepimpinan PAS,sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kebatilan"..Takbir!! Allahuakbar!

Tepat pada tarikh dan waktunya iaitu pada 16-10-2008 jam 3 pagi aku bertolak ke Mesir........di lubuk hati ini berbisik"takkan ku jejak kaki di bumi Malaysia ini sehingga pengajiaan aku tamat"Insyallah..Wallahu Ta'ala Wa'ala A'laam..



APA SEBENARNYA USRAH?? APA SEBENARNYA USRAH??


USRAH bermaksud keluarga dalam bahasa arab,iaitu satu gabungan manusia yang terdiri dari bapa,ibu,dan anak-anak melalui satu ikatan darah daging.Dalam institusi kekeluargaan bapa selaku ketua keluarga yang berperanan memimpin keluarga.Ibu pula berperanan membantu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia.Hasil perkongsian hidup diantara dua individu yang berbeza jantina melalui ikatan perkahwinan,maka terhasillah anak sebagai rakyat yang dipimpin.Tetapi yang ingin dibincangkan pada tajuk kali ini bukan maksud usrah yang sebenar,tetapi usrah yang akan dibawa pada kali ini ialah usrah pada nama tapi bukan pada hakikat sebenar.

Usrah adalah salah satu kelansungan bagi sesebuah badan,persatuan atau dengan lebih tepat ialah pengerak kepada sesebuah gerakan Islam di dunia ini.Ia diasaskan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika zaman dakwah baginda secara sembunyi atau sir.pada waktu itu,Islam hanya disebarkan melalui kelompok kecil dan dakwah Nabi tidak diketahui musuh.

Al-Arqam b. Abi al-Arqam merupakan tempat kegiatan dakwah pada zaman permulaan Islam,inilah tempat bermula asal-usul usrah pada awalnya,tetapi ia tidak dinamakan usrah,walaupun namanya berbeza tetapi konsep usrah itu sama dengan apa yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kejatuhan Khilafah Islamiah yang terakhir pada tahun 1924 menyebabkan umat Islam dipecahkan kepada negara-negara kecil,disebalik pemecahan ini adanya pengkhiayanatan yang dirancang oleh musuh-musuh Islam,iaitu menanam dalam diri setiap muslim semangat nasionalisme,asobiah ainya untuk memecahkan kesatuan yang ada pada identiti umat Islam.Kebangkitan kembali Islam melalui gerakan Islam yang diasaskan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna.Beliaulah yang menyatukan kembali umat Islam dengan ditarbiah dalam usrah-usrah,usrah sangat berperanan meribatkan(mengikat) ukhuwwah Islamiah bagi melahirkan kesatuan yang padu tanpa memebezakan warna kulit,darjat,keturunan,bangsa dan sebagainya.

Menteliti yang salah sesetengah individu mengenai usrah menjadikan usrah tidak mencapai matlamat sebenarnya,sepertimana yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hasan al-Banna,bahawa menyatukan fikrah-fikrah(cara berfikir) ahli usrah dalam memastikan kelansungan Islam umumnya dan khususnya pergerakan sesebuah jemaah mahupun organisasi yang dibina atas dasar Islam.

Sepatutnya,untuk memastikan kelansungan sesebuah jemaah untuk mengangkat kalimah Allah s.w.t pada tempat yang selayaknya,maka usrahlah yang berperanan penting bagi menanam atau memasak dalam pemikiran pendokongnya untuk berkerja untuk memastikan sirvivul dan target dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Fathi Yakan memyebut di dalam sebuah bukunya"penyakit AIDS yang melanda gerakan Islam pada kurun ini ialah,"ketidakberkesanan usrah dalam mengerakkan petugas-petugas jemaah" naqib sangat beperanan dalam memberi tasawwur mengenai Islam dan memberi fikrah yang jelas kepada anak-anak usrahnya.Untuk dengan itu naqib perlu bijak dalam mengawal setuasi usrah supaya ianya hidup tidak bermaya,dan naqib mesti mempersiapkan thaqafah(pengetahuan@ilmu) yang jitu dalam mencapai format usrah yang sebenar.

Sehingga ke hari ini usrah dipraktikkan dalam gerakkan Islam di seluruh dunia.Keberkesanan usrah dalam menggerakkan petugas-petugas dalam berkerja untuk jemaah tanpa mengharapkan balasan dunia dibawah dasar amal jamaie(berkerja secara kumpulan) yang dicanangkan dalam usrah telah menggugat kelicikan musuh-musuh Islam,Sehinggakan pergerakan sesetengah jemaah Islam terpaksa "disirkan"(dirahsikan) mengikut kepada situasi sesebuah negara itu,seperti di Mesir, gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang berdepan dengan kerajaan yang mengekang pergerakan-pergerakan yang bermatlamatkan Islam.begitu juga yang berlaku pada HAMAS di Palestin,berbeza apa yang dialami oleh PAS sebagai gerakan Islam di Malaysia,bebas bergerak dengan mengambil pendekatan tahalluf siasi(pendekatan siasah) sebagai wadah perjuangan.


Imam Hasan al-Banna:

"Andai Islam sebuah bangunan usnag yang hampir roboh,maka akanku berjalan seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

MAHASISWA TALAQQI VS MAHASISWA PERSATUAN

Mesir terlalu sinonim dengan kemasyhuran sebuah al-Azhar,sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya seperti ilmu bahasa arab,usuluddin dan syariah,di al-Azhar juga diajar dengan ilmu fardu kifayah yang mana ianya sangat di tuntut oleh Islam untuk mempelajarinya.Kondisi umat Islam yang jauh ketinggalan dalam menguasai ilmu-ilmu akademik(cara-cara mengurus dunia) telah menyebabkan Islam dilihat oleh dunia sebagai agama yang jumud,out to date atau ortodoks.

Seorang mujaddid Islam iaitu Imam al-Ghazali rahimahullah telah memfatwakan,bahawa setiap muslim wajib mempelajari ilmu-ilmu keduniaan,untuk memastikan Islam gemilang seperti satu ketika dahulu.Hukumnya berubah kepada wajib dengan berdalilkan ayat dari surah al-Baqarah:
"Jangan kamu campakan diri kamu kepada kebinasaan atau kehinaan".

Ulama Azhar juga digelar sebagai Ulama Kontemporari kerana mendepani semasa dalam memberikan fatwa-fatwa terbaru,masalah yang berlegar-legar di benak umat islam dapat diatasi dengan kabijaksanaan Masyaeikh(orang yang alim dalam ilmu-ilmu feqah) yang dikatakan begitu peka dengan masalah yang berlaku dalam dunia Islam,Secara langsung menjadikan al-Azhar sebagai kiblat ilmu bagi umat Islam seluruh dunia.

Dewasa kini telah muncul sejenis penyakit menimpa Azhari dan Azhariah yang mana ianya semakin kronik,dan jika ia dibiarkan boleh menyebabkan kehancuran Islam yang sangat dinanti-nantikan oleh seteru Islam.

Kelompok Mahasiswa bertalaqqi dan kelompok mahasiswa berpesatuaan adalah panyakit kronik yang melanda dikalangan selaku Toolibul Ilmi(penuntut ilmu) di timur tengah ini.Perkara ini menyebabkan jurang atau tembok pemisah di antara mereka.Dalam masa yang sama memutuskan tali persaudaraan yang dibina atas aqidah yang satu.

Muncul masalah ini adalah disebabkan oleh penafsiraan agama Islam itu yang disalah ertikan oleh penganut-penganutnya,dengan memggangap Islam sebagai agama yang hanya berpaksi pada perkara spiritual sahaja.seperti solat,zakat,haji,menuntut ilmu,berzikir dan lain-lain.Faktor lain ialah Mahasiswa dan Mahasiswi mampunnyai perbezaan matlamat yang ingin mereka capai dalam menuntut ilmu di Azhar ini.

Di kalangan Azhari ada yang bertekad untuk tidak mahu menyibukkan diri dengan kerja-kerja persatuaan,kerana manggangap ianya sebagai panghalang dalam kejayaan mereka.malah yang lebih mengecewakan lagi,bahawa berpersatuaan boleh menghakis hubungan dengan Allah s.w.t,Ini pandangan yang ditelan oleh sesetengah pelajar-pelajar Azhar.Tambahan pula dianggap kerja-kerja berpersatuan merupakan bukan dari amal-amal Islam.

Wahai pembaca-pembaca yang budiman sekalian,
Ingin saya mengemukakan beberapa persoalan,Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah?Adakah ianya hanya berkisar kepada amalan-amalan wajib yang khusus sahaja?

Jawabnya,ibadah bermaksud pengabdian,penghambaan,kepatuhan,penyerahan,ianya mencakupi semua skop kehidupan manusia,samada perbuatan,percakapan dan sebagainya.Dengan syarat ianya mestilah menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t dan amalan yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Islam.contohnya, bekerja untuk menaggung keluarga,bahkan kerja itu mendapat ganjaran kerana niat untuk menaggung keluarga dan ia dinamakan sebagai pengabdian atau ibadah.

Dengan yang demikian itu,jelaslah kapada kita bahawa Islam bukan sekadar dilihat pada kepada sudut-sudut yang tampak seperti Islamic sahaja.Malah ia meliputi segala gerak-geri manusia dalam kehidupan.Kesyumulan(kesempurnaan) Islam menembusi corong-corong kehidupan individu,hatta kapada sekecil-kecil perkara sampailah kepada sebesar-besar perkara misalnya dalam menqhado’ hajat pun Islam ada memberi tunjuk ajar,masakan pula kepada perkara yang lebih penting seperti masalah Khilafah Islamiah(memerintah Negara mengikut lunas-lunas Islam) dan sebagainya.

Talaqqi asal dari bahasa arab yang bermaksud berjumpa,berdepan,bersemuka dan sebagainya.ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang diamalkan dalam pengajiaan Islam oleh para sahabat r.a dalam penerimaan wahyu.begitu juga ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu dari Allah.s.w.t melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.Talaqqi adalah satu cabang untuk “menginput” maklumat ilmu.

Masalah yang dihadapi oleh Mahasiswa dan Mahasiswi kita pada hari ini ialah mereka mengasingkan dua item yang cukup penting dalam menjadikan Mahasiswa Azhar releven dan professional dalam mengharungi dunia era kemodenan masa kini.Kalau bertalaqqi jangan hanya tertumpu pada pengajiaan sahaja tetapi haruslah memastikan keterlibatan dengan aktiviti-aktiviti persatuan,kerana dalam kita berpesatuanlah membolehkan kita mengaplikasikan atau menterjemahkan ilmu-ilmu yang dipelajari,aktiviti persatuan juga dapat membantu individu belajar beorganisasi,public speaking(cara-cara berpidato),membuat kertas kerja,protokol majlis dan sebagainya.

Oganisasi merupakan asas bermasyarakat sebagai Mahasiswa mengikut skop yang diperuntukkan di Mesir ini,ianya untuk dipraktikkan apabila berada di lapangan sebenar selepas kembali ke Malaysia nanti.jesteru itu,sama-samalah kita memperkasakan thaqafah(pengetahuan) dan management knowledge(ilmu pengurusan organisasi).Ceduklah sebanyak mungkin ilmu ketika berada di bumi Mesir ini,supaya dapat menghadapi masyarakat nanti dalam keadaan penuh persediaan...Wallahu ta’ala a’lam..

NABI S.A.W ADALAH PERLEMBAGAAN BERGERAK

ANTARA tujuan Allah SWT mengirimkan Rasul-Nya Muhammad S.A.W ke dunia ini supaya manusia seluruhnya dapat menemui satu gambaran yang paling sempurna dalam tiap-tiap bidang kehidupan,melalui contoh terbaik yang terdapat dalam diri Nabi Muhammad S.A.W
Sebelum manusia dapat melihat perlembagaan bertulis bagi mana-mana kumpulan atau negara di dunia ini,maka pada diri Rasulullah S.A.W itu merupakan perlembagaan yang bergerak.Apabila seseorang itu menjalankan penyelidikan dalam apa jua bidang kehidupan,maka kesemuanya akan ditemui pada diri tubuh Nabi S.A.W dengan lengkap tanpa cacat cela.
Apapun jua contoh yang diperlukan dari urusan yang paling besar seperti urusan sosial iaitu bermasyarakat dan bernegara,pengurusan pembangunan insaniah,undang-undang dan keadilan,hubungan antarabangsa dan perdangangan.Hatta kepada persoalan yang dianggap paling remeh oleh sesetengah orang seperti menguap dan meludah,maka keseemuanya terdapat dengan jelasnya adab-adab tersebut pada diri Rasulullah S.A.W.
Adakah Nabi Muhammad menguap atau meludah?Jawabnya sudah tentu ya,kerana Nabi adalah seorang manusia.Mujurlah Allah SWT menghantar Rasul dari kalangan manusia,yang mudah menjadi contoh ikutan manusia seluruhnya.
Firman Allah SWT:" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri(dari kalangan manusia iaitu Muhammad S.A.W)".... (Surah at-Taubahayat 128)
Allah SWT boleh mengirim dari kalangan malaikat,lebih-lebih lagi malaikat lebih perkasa jika dibandingkan dengan manusia.Kerana dikalangan manusia juga ada yang berpendapat malaikat yang selayaknya diutus sebagai Rasul di kalangan mereka.
Tetap Allah SWT tidak mengutuskan malaikat kerana malaikat tidak boleh dijadikan contoh,malaikat tidak makan dan minum,tidak tidur,tidak kahwin,tidak perlu harta benda dan rumah kediaman,kerana kehidupannya jauh berbeza berbanding dengan kehidupan manusia.
Bagaimana manusia hendak mengambil contoh dari kehidupan malaikat sekiranya ia menjadi Rasul?Sudah tentu banyak kekurangan dari segi contoh teladan yang hendak dituruti oleh manusia.Walaupun malaikat lebih perkasa,tetapi tidak semua kehidupan memerlukan keperkasaan.Bahkan manusia memerlukan kebijaksanaan,lemah lembut dan kasih sayang untuk menyebar luaskan dakwah di kalangan manusia.Justeru itu Allah SWT yang Maha Mengetahui telah mengutus para Rasul dari jenis manusia sendiri,supaya ia lebih realistik dan mudah diikuti segala gerak-geri dan tingkah-laku.
Memang terdapat di kalangan orang-orang kafir yang memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W kerana mereka tidak melihat sebarang keistimewaan melainkan dia hanyalah manusia sebagai manusia biasa,tiada suatu yang luar biasa.Makan seperti mereka,berkahwin seperti mereka dan berjalan ke pasar seperti mereka juga.Firman Allah SWT:
"Dan mereka (orang-orang kafir) berkata:Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan-jalan di pasar?Mengapa tidak diturunkan kepaadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberi peringatan bersama-sama dengan dia".
(Surah al-Furqan ayat 7)
Inilah pemikiran sempit atau out to date yang datang dari kalangan manusia yang tidak beriman dengan Allah SWT,mereka mencari helah yang tidak munasabah.Sekalipun misalnya hasrat mereka dituruti oleh Allah SWT dengan mengutus malaikat sebagai Rasul,namun belum tentu mereka akan patuhi arahan malaikat yang menjadi pilihan mereka.
Itulah sebabnya Allah SWT datangkan seorang Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul,sebagai manusia terpilih yang diasuh secara langsung oleh Allah SWT untuk membina kemanusiaan.Tidak kira apa jenis atau bangsa dan warna kulit sekalipun,namun mereka tetap boleh mendapat contoh dan teladan yang terbaik dari Nabi S.A.W.
Firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah suri teladan yang baik bagi kamu".....
(Surah al-Ahzab ayat 21)
Nabi Muhammad S.A.W dihantar ke dunia khususnya untuk menjadi contoh ikutan.Apa jua masalah yang dihadapi oleh manusia,maka lihatlah pada diri Rasulullah S.A.W nescaya akan ditemui contoh yang sebaiknya bagi menyelesaikan semua masalah kehidupan insaniah.Tidak ada permasalahan yang tidak boleh diselesaikan jika seseorang itu merujuk kepada kehidupan atau sunnah Nabi S.A.W.
Firman Allah SWT:"Jika kamu berbalah (kerana berlainan pendapat) tentang sesuatu (perkara),maka kembalikanlah kepada ia kapada Allah dan Rasul(sunnahnya)".....
Tidak ada perselisihan pendapat dan persengketaan dikalangan orang-orang yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul,sekiranya mereka menyerahkan kembali kepada Allah dan Rasul.Al-Quran medium rujuk paling utama,sementara Nabi S.A.W adalah contoh teladan yang mesti diikuti.Ketepikan segala kepentingan kelompok.Tetapi mengutamakan Allah dan Rasul bagi menyelesaikan sebarang pebezaan pandangan dan perselisihan..Wallahu Ta'ala A'laam..

BENGKEL JATI DIRI SIRI KE-2

Kaherah 2 JUL- Organisasi yang unggul dan mantap terhasil dari petugas-petugas jemaah yang mampu mendepani perkembangan tamadun dan teknologi dengan sanggup meredah mehnah dan tribulasi yang dihadapi untuk melahirkan gerak kerja brkualiti,pengukuhan rohani dan jasmani merupakan 2 aspek yang wajib diterapkan kepada petugas-petugas jemaah secara kefahaman yang mendalam tentang penglibatan mereka dengan sesebuah jemaah dengan satu ikatan yang menjangkaui batas sempadan negara,rupa paras,darjat,warna kulit dan sebagainya,iaitu ikatan aqidah islam,kesatuan inilah yang akan melahirkan satu fikrah dan satu amal yang semua itu adalah untuk merialisasikan matlamat sesebuah organisasi atau jemaah yang mereka dokong.
Sejurus dengan itu,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) penuh tanggungjawab telah mengadakan sebuah program Bengkel Jati Diri Siri Ke-2 yang diatur khas di bawah Pusat Sumber Tenaga (PESAT) yang merupakan salah satu unit dibawah Perancang dan Penatia PMRAM,ianya bertujuan untuk menguruskan organisasi dengan berkesan.
Sementara itu,program berlansung di Hayyu Sabiek bertempat di rumah kedah baru,penyertaan sangat mengalakkan,program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah mencecah penyertaan peserta seramai 100 mahasiswa dan mahasiswi.Setiap peserta mewakili muhafazah masing-masing.Ustaz Shahrizan B. Mohd Hazime selaku Timbalan Presiden PMRAM turut dijemput hadir bagi merasmikan program pada hari itu.
Pembentangan kertas kerja merupakan slot pengisian yang mana telah disampaikan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini,antara kertas kerja yang dibentangkan ialah Bengkel Protokol Majlis dan Bengkel Modus Operandi secara teori dan amali.
Program ini berlansung bertujuan untuk memberi kefahaman dan gambaran tentang gerak kerja program dari sudut protokol majlis,cara membuat modul kertas kerja program,persiapan awal program dan lain-lain.\Selain dari mengutip ilmu di bilik kuliah secara bermusyafahah dari doktor-doktor atau masyeikh,mahasiswa dan mahasiswa Azhar haruslah menyiapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi kerana ia akan memeberi nilai tambah kepada kita selaku profesional dai'e yang semakin menjadi sebut-sebutan masyarakat di Malaysia.
Program berakhir dengan majlis penutup pada jam 4.30 petang serta peserta disediakan sedikit jamuan ringan sebagai minum petang-mawardi-



Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008