اصدقآئ

Wala' Bukan Candu - tranungkite


"Ucapan Dasar Presiden tentang penekanan soal wala' menimbulkan sedikit polemik. Bahkan sokongan daripada perwakilan Kedah yang menyatakan bahawa untuk mengekalkan kemenangan, wala' perlu diberikan kepada Presiden untuk melontarkan pelbagai idea-idea besar demi kepentingan parti menjadi agak gempita.

Rentetan daripada itu juga, terdapat sesetengah blogger yang mempertikaikan bahawa PAS tidak membenarkan pemimpin dikritik dengan sebab teguran Presiden kepada para pembawa berita dalam ucapan penggulungan baru-baru ini.

Wala' dilihat seolah-olah candu yang merosakkan PAS. Wala' dilihat sebagai cara kepimpinan PAS mempertahankan diri daripada kekurangan. Wala' dilihat sebagai alat untuk pemimpin mengekalkan kuasa.

Di antara kehebatan sesebuah organisasi samada bersifat keuntungan ataupun tidak ialah kesetiaan ahli kepada kepimpinan organisasi. Dalam masa yang sama juga kepimpinan juga perlu memastikan supaya ahli organisasi berpuas hati dengan kepimpinannya.

Wala' bukan bermakna memberi kesetiaan membabi buta. Bahkan Islam sendiri telah memberi garis panduan dalam soal ketaatan dan kesetiaan.

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak. Ketaatan kepada pemimpin adalah bergantung kepada ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Tapi perlu diingat, selagi mana pemimpin bertindak dalam keadaan tidak melanggar arahan Allah dan Rasul, kesetiaan perlu diberikan. Ketidakpuasan hati boleh dilontarkan dengan cara yang baik demi mengharapkan penjelasan.

Ahli boleh untuk berbincang terhadap idea yang dilontarkan secara umum. Tetapi jika keputusan telah dibuat, perlaksanaan menjadi satu kewajipan.

Teguran presiden PAS bukan kerana takut dengan kritikan. Teguran ini dilontarkan sekadar mengingatkan kepada para pembawa berita tentang cara dan etika penyebaran berita mengikut panduan agama. kepimpinan tidak mahu dek terlampu ghairah untuk memaklumkan berita sehingga kadang-kadang terlupa batas-batas agama dan boleh menghancurkan gerak kerja penyebaran Islam.

Inilah antara tanda sayangnya pemimpin kepada Ahli supaya tidak terjebak kepada perkara yang boleh mengundang murka Allah dan Rasul.

Jangan dipandang wala' sebagai doktrin pengekalan kuasa. Wala' perlu dipandang sebagai mekanisma pengukuhan organisasi.

Wala' merupakan salah satu mekanisma yang mampu memperkasakan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat yang tertentu. kadang kala strategi tidak perlu dihebohkan kepada umum selagi mana tidak tersasar daripada dasar dan asas perjuangan yang telah disepakati bersama.

Menyembunyikan strategi tersirat bukan bermakna mengkhianati para ahli. Rasulullah menyembunyikan arah tuju peperangan bukan untuk mengkhianati para sahabat. Tetapi lebih supaya rahsia strategi ini tidak diketahui oleh musuh yang mungkin akan menggagalkan segala operasi.

Wala' lahir hasil kombinasi pemimpin yang amanah dan ahli yang setia.

Andai kata wala' tidak di ambil penting oleh pemimpin dan pengikut, sesebuah organisasi pasti hancur kerana setiap keputusan tidak dilaksanankan di peringkat bawahan.

Sesebuah organisasi pasti lemah kerana setiap keputusan terlalu asyik dipertikaikan sehingga membantut kepimpinan merangka strategi.

Sesebuah organisasi pasti tidak dipandang hebat kerana pemimpin dilihat tidak mampu membina jaringan yang baik dengan pengikut.

Wala' Bukan perkara baru dalam agama. bahkan mekanisma ini telah lama diguna pakai oleh Rasulullah, para sahabat dan pemimpin Islam terdahulu berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam..."

Golongan Mutahamil..

Alhamdulillah..Hampir sebulan berperang dengan kertas soalan peperikasaan di dewan,kini hampir berakhir ke penghujung.Moga segala usahadan doa berterusan ini memeberi natijah yang setimpal.Ya Allah bantulah aku dalam aku mencari ilmu dijalanMU,permudahkan urusanku dalam membantu agamaMU..amin

Sedikit coretan yg ingin dikongsikan kepada pembaca budiman,dikalangan kita ada sahabat-sahabat yang begitu lantang berbicara mengenai perjuanagan Islam,seolah-olah dialah orang yang banyak membantu perjuangan dan membela Islam,huh! Kalau bab bercakap bagi kat dialah…orang lain tak yah bercakap,orang lain semua tak pandai,semua orang tak reti mengenai perjuangan.Tapi apa yang diungkapkan semuanya tidak selari dengan apa yang dikatakan.Inilah orang yang ingin namanya dikenali sebagai orang yang hebat.Aku bencilah orang macam ni,maaf yerr.Aku tak leh terima laa orang macam ni sebagai pembela Islam.

Kita mesti realistik dalam kata-kata dan tindakan,inilah penyebab yang akan menghancurkan Islam,hadirnya mereka-mereka yang berjuang untuk mencari kemewahan duniawi..mencari kemasyhuran,mengumpul harta,mahukan pujian dan sama waktu denganya.
Ingin ditegaskan disini,Imam Hasan Al-Banna pernah mengungkapkan perkara ini dengan menggelar golongan yang berjuang untuk memenuhi adenga peribadi semata-mata,ia digelar sebagai “Golongan Mutahamil”..Ya Allah aku minta berlindung dari golongan ini..wal iyyazubillah……
Selamat Berbakti untuk Islam..

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008