اصدقآئ

Muhasabah Pejuang

(diambil dari Blog Takwinun Fardil Muslim http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/ )

Satu Muhasabah....
Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.
Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?
Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...
Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..
Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..
ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

Wajib Intima'!!!

Ramadhan Di Perantauan

Ramadhan,bulan yang dilimpahi dengan kerahmatan,Keberkatan dan Keampunan,ianya hadir adalah semata-mata bertujuan melipat gandakan pahala kita,pahala amalan sunat jika dikerjakan pada bulan ini,maka berlipat ganda ganjarannya seperti amalan yang wajib.Tahun berganti tahun,bulan ke bulan ,minggu ke minggu yang lain,hari silih berganti.Apa yang perlu kita sedari,bahawa masa dan waktu tidak menungu kita,makin lama hidup makin dekat kita dengan alam Barzakh yang mana menempatkan manusia sebelum seseorang itu di tentukan Syurga atau Neraka.Tahun ini Ramadhan hadir ketika aku masih baru di Ardil Kinanah ,bumi yang sangat mematangkan aku tentang kehidupan ini.Ianya tidak aku temuinya di tanah kelahiranku sendiri.”nagji luar laa kembe sikit” ungkapan yang diberi oleh ustaz aku ketika ditanya mengenai tempat pengajiaan yang bakal aku sambung nanti.

Kalau nak dikongsikan pada sahabat-sahabat,banyak sekali perkara baru yang aku perolehi di bumi Mesir ni,ketoleransian mazhab disini sungguh menampakkan keluasan Islam,disini kita boleh tengok 4 mazhab sekaligus dalam sesebuah masjid,ianya tidak terdapat di tanah air aku yang hanya tertumpu kepada mazhab as-Syafie,Aku sembahyang subuh kat sini kadang baca Doa Qunut kadang tidak,mengikut pada siapa yang mengimami sembahyang pada pagi tu.
Alhamdulillah…bulan Ramadhan ni tak runsing sangat pasal berbuka puasa,tiap-tiap hari berbuka dengan makanan free.hee….Ayam,Ikan ,Daging(tukar-tukar) dan dimakan dengan Khudor dan Salatoh.Inilah makanan yang ghalib(biasa) dimakan oleh rakyat Mesir ketika berbuka.”Mula tu sedap laa jugak”…dah tiap hari muak laa…haha..
Makan je lerr..nasib laa labu….

Kalau nak diceritakan pasal sembahyang terawih,huh! “Memang best bangat dong” hikhik…Tiap-tiap malam round tukar-tukar Masjid,Tak dapat nak diungkap macam mana keseronokkan suasana berpuasa disini.Semua masjid di tempat aku ni buat solat terawih,ada yang 20 raka’at,ada 8 raka’at.Sampaikan ada sesetengah Masjid tu jemaah diorang buat solat sunnat hingga pukul 3 pg,terus sahur la kut.Aku sendiri tak mampu buat semaksimum itu,sekadar 8 raka’at sahaja.Secara peribadi aku lebih suka solat dalam keadaan perlahan,fahami setiap gerak-geri dan sebutan yang keluar dari mulut,Tapi kalau yang mampu buat banyak-banyak tu…silakan laa..tak dilarang pun.
Kita tak nak kuantiti,tapi…kita mahukan kualiti…cewwah!

Tradisi rakyat Mesir ni kalau masuk bulan Ramadhan diorang banyak baca Al-Quran,boleh dikatakan semua orang membaca Quran,duk tengah berkebun pun sempat lagi baca tuh..Duk menjual lagi laa…memang aku rasa berbeza suasana Al-Quran di Negara ini.Rakyat Mesir ni ramai yang hafal Quran,kadang tu pemandu teksi pun hafiz 30 juzu,tak pelik la..bahasa diorang…kan2????

Sekadar itu sahaja pengalaman aku untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca,permusafiran aku di bumi Anbia ini baru sahaja belum sampai 1tahun lagi,rasanya tak banyak yang aku dapat sajikan dalam penulisan aku ini.Tak mengapalah,mungkin Ramadhan tahun depan boleh aku ceritakan kepada sahabat-sahabat perkara-perkara yang baru yang masih lagi belum aku temui pada tahun ini..Wassalam
Selamat Kembali Kepada Fitrah!...

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008