اصدقآئ

Bina dari sekarang

Sekian lama tak menulis,rasa ada sesuatu yang belum selesaikan dalam perjalanan hidup seharian aku di bumi barakah ini.Mungkin kerana tanggungjawab yang berlambak-lambak meyebabkan aku susah untuk memberi masa mecoret sedikit isi hati yang terpendam untuk dikongsikan kepada mereka yang ada tersinggah di teratak usang aku ini.
Mula dari akhir tahun 2009,lebih kurang 2 bulan sebelum akhir tahun tersebut,aku ditaklifkan untuk memikul amanah sebagai exco BKAWM(Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan).Dengan tanggapan bahawa ini adalah ketentuan Allah untuk mematangkan aku dalam perjuangan yang suci ini.Aku bukan manusia yang layak untuk memegang jawatan yang diamanahkan,tapi ai merupakan tarbiah yang perlu dilalui sebelum pulang ke Malaysia,yang mana diketahui,Malaysia adalah medan sebenar untuk menegakkan Islam.Dengan kesedaran itu kefahaman yang mantap,pengelaman yang cukup,ilmu yang faqih perlu dipersiapkan untuk menghadapi Malaysia apabila pulang kelak.
Proses keterlibatan dengan persatauan di Mesir ini adalah pra syarat kepada keterlibatan dengan jemaah Islam di Malaysia nanti.Moga Allah memanjangkan umur aku untuk memeberi sumbangan dan khidmat bakti kepada Islam.
Sebagai orang yang ingin mengabungkan diri dengan gerakan Islam perlulah memahami apa yang sewajibnya baginya untuk membantu agama Allah ini,Selain Ilmu agama yang cukup seperti fiqh,tauhid,akhlak seharusnya bagi Abnaail harakah memahami ilmu-ilmu gerakan Islam,agar keterlibatanya tidak membawa keterbantutan pembinaan Daulah Islamiah yang dicita-cita oleh kita bagi menjadikan Islam memerintah bukan diperintah dan ditindas.
Alhamdulillah……
Apa yang aku ingin aku harapkan ada pada Mesir telah kutemui dan aku tidak akan putus asa untuk terus menggali dan terus mencari.”Ya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu,tuntukanlah kepada aku apa yang tidak aku ketahui,” Ameen Ya Rabb..

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008