اصدقآئ

Bulan Tarbiah



Kehadiran Ramadhan dinantikan pada setiap tahun bagi hamba-hamba Allah s.w.t dahagakan peluang dari Allah s.w.t.Di bulan yang berkat ini pelbagai limpahan peluang keemasan yang diberikan Allah kepada hambaNYA ,Sebagaimana dinukilkan dalam hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi "Pada awalnya(Ramadhan) kerahmatan,pertengahannya keampunan,dan pengakhiranya kelepasan dari api neraka.Tidak terhenti situ sahaja,dikurniakan juga pada bulan Ramadhan satu malam yang dijanjikan padanya pelbagai fadhilat iaitu malam lailatul qadar,kelebihan bulan Ramadhan itu menunjukkan kasih dan sayang Allah s.w.t yang tidak terhingga kepada hamba-hambanya.Bagaimana jika Allah s.a.w pada tahun ini tidak dikurniakan pada kita ini bulan Ramadhan?,maka kehadiran tetamu Allah ini menjadi sebuah medium yang relevan untuk kita menambahkan amal ibadat kita serta mendekatkan diri padaNYA.
Ramadhan sinonim dengan sebagai madrasah tarbiah,di mana ia mengajar erti kesabaran dalam mentaati perintah Allah s.a.w.Menahan diri dari makan dan minum dan meniggalkan segala kefasadan zahir dan batin adalah makna sebenar sebuah ibadat puasa yang dianjurkan oleh Islam,taqwa adalah objektif yang digezetkan oleh Allah s.a.w dalam menunaikan ibadat puasa.
Suka untuk saya gambarkan disini kepentingan objektif ibadat puasa dengan objektif sesebuah organisasi pelajar di Mesir ini,PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) mempunyai matlamat penubuhanya,iaitu menyatukan suara-suara Mahasiswa/wi Melayu di bumi mesir ini.Maka segala gerak kerja PMRAM berdasarkan matlamat ditetapkan.Kejayaan sesebuah organisasi terletak pada kecapaian matlamat yang dijadikan buruan oleh mereka.Oleh yang demikian itu, ibadat puasa juga mempunyai objektif pengabdian yang mesti diburui oleh kita semua,iaitu menjadi orang yang takut kepada Allah s.a.w dengan makna melakukan segala titah perintah Allah s.a.w dan meninggalkan segala yang ditegahnya.
Marilah sama-sama kita merenung dan muhasabah diri kita sejauh manakan penghayatan kita dalam melakukan ibadat puasa pada tahun ini.Mereka yang melakukan sesuatu amalan secara rutin tetapi tidak bertambah mutu kualiti amalan itu maka ia menimpa kerugian yang melampau-lampau .Moga kita mencapai piawaian golongan yang berpuasa sebagimana yang dikehendaki oleh Allah s.a.w..Wallahu Subhanahu Wat'ala Wa'alaam.

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008