اصدقآئ

Maraatibul Amal

Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam,

Dalam meneliti dan menelusuri Sirah Rasulullah saw, kita jelas mendapati bahawa jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra telah diatur dengan sangat cantik oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya.

Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya, Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.

Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.


“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (QS 3:31).

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (QS 12:108).


Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya. Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah. Moga kita beristiqamah dengan apa yang telah diperintahkan.

RUKUN AMAL 7
1. Peribadi Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Memimpin Alam&Ustazul Alam

Limaza Intimaie Lil ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia)

Sejak kebelakangan ini,BKAWM(Badan Kebajikan Anak-Anak Wilayah Mesir)
atau panggilan masyhurnya "Rumah Wilayah"sering dikunjungi tetamu-tetamu
yang tidak diundang,kehadiran adik-adik baru adalah asbab kepada puak-puak ini untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti di BKAWM atau mencari bakat-bakat bakat baru untuk ditarbiah kedalam kelompokmereka,mereka digelar sebagai?"Mat Bond" hihi..

Kenapa Mesti Kita Bergabung Dengan ISMA????

Sepatutnya bagi pelajar-pelajar yang belajar di Mesir ini mestilah mendokong PMRAM sebagai persatuan yang sudah lama menaungi pelajar-pelajar di bumi barakah ini.Bukan ISMA,JIM,ALAMI !!!..Timbul persatuan yang mendakwa merekalah yang lebih solid dari sudut pentarbiahan,telah menjustifikasikan terbantutnya kerja-kerja yang dilakukan oleh PMRAM
sebagai persatuan yang sudah hampir bertahun-tahun menaungi Mahasiswa dan
Mahasiswi di Mesir ini,kalau mereka ini mendakwa PMRAM kurang dari segi
tarbiah,dan mereka sebaliknya,kenapa perlu tubuh persatuan lain???
sebaiknya kita perbaiki kekurangan yang ada pada PMRAM,bukan dengan menubuhkan persatuan lain,tiada suatu makhluk di bumi ini yang perfect,"

الانسان لا يخلو عن الخطأ والنسيان Manusia tidak sunyi dari kesalahan dan lupa,Inginkan kita melihat umat ini berpecah belah??.. Kenapa perlu mengagih-agihkan tenaga kerja yang kita miliki bersama dengan perpecahan yang kita hadapi hari ini?...Bantulah PMRAM untuk menegakkan Islam yang kita sama-sama kita akui ianya sebagai platform untuk kita bersatu menegakkan Khilafah Islamiah dalam konteks yang Mahasiswa dan Mahasiswi di Mesir ini.

Taaddud jamaah harus dari segi teorinya,tetapi realiti yang berlaku jauh sekali untuk kita bertaaddud,marilah sama-sama bersatu dibawah PMRAM,kewujudan PMRAM bukanya untuk mencari apa-apa keuntungan atau kepentingan,tapi ia sebagi pemudah cara bagi kita untuk menempuhi kehidupan kita di Mesir ini.Tak perlu berubah kepada ISMA,PMRAM dulu,kini
dan Selama-lamanya.

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008