اصدقآئ

NABI S.A.W ADALAH PERLEMBAGAAN BERGERAK

ANTARA tujuan Allah SWT mengirimkan Rasul-Nya Muhammad S.A.W ke dunia ini supaya manusia seluruhnya dapat menemui satu gambaran yang paling sempurna dalam tiap-tiap bidang kehidupan,melalui contoh terbaik yang terdapat dalam diri Nabi Muhammad S.A.W
Sebelum manusia dapat melihat perlembagaan bertulis bagi mana-mana kumpulan atau negara di dunia ini,maka pada diri Rasulullah S.A.W itu merupakan perlembagaan yang bergerak.Apabila seseorang itu menjalankan penyelidikan dalam apa jua bidang kehidupan,maka kesemuanya akan ditemui pada diri tubuh Nabi S.A.W dengan lengkap tanpa cacat cela.
Apapun jua contoh yang diperlukan dari urusan yang paling besar seperti urusan sosial iaitu bermasyarakat dan bernegara,pengurusan pembangunan insaniah,undang-undang dan keadilan,hubungan antarabangsa dan perdangangan.Hatta kepada persoalan yang dianggap paling remeh oleh sesetengah orang seperti menguap dan meludah,maka keseemuanya terdapat dengan jelasnya adab-adab tersebut pada diri Rasulullah S.A.W.
Adakah Nabi Muhammad menguap atau meludah?Jawabnya sudah tentu ya,kerana Nabi adalah seorang manusia.Mujurlah Allah SWT menghantar Rasul dari kalangan manusia,yang mudah menjadi contoh ikutan manusia seluruhnya.
Firman Allah SWT:" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri(dari kalangan manusia iaitu Muhammad S.A.W)".... (Surah at-Taubahayat 128)
Allah SWT boleh mengirim dari kalangan malaikat,lebih-lebih lagi malaikat lebih perkasa jika dibandingkan dengan manusia.Kerana dikalangan manusia juga ada yang berpendapat malaikat yang selayaknya diutus sebagai Rasul di kalangan mereka.
Tetap Allah SWT tidak mengutuskan malaikat kerana malaikat tidak boleh dijadikan contoh,malaikat tidak makan dan minum,tidak tidur,tidak kahwin,tidak perlu harta benda dan rumah kediaman,kerana kehidupannya jauh berbeza berbanding dengan kehidupan manusia.
Bagaimana manusia hendak mengambil contoh dari kehidupan malaikat sekiranya ia menjadi Rasul?Sudah tentu banyak kekurangan dari segi contoh teladan yang hendak dituruti oleh manusia.Walaupun malaikat lebih perkasa,tetapi tidak semua kehidupan memerlukan keperkasaan.Bahkan manusia memerlukan kebijaksanaan,lemah lembut dan kasih sayang untuk menyebar luaskan dakwah di kalangan manusia.Justeru itu Allah SWT yang Maha Mengetahui telah mengutus para Rasul dari jenis manusia sendiri,supaya ia lebih realistik dan mudah diikuti segala gerak-geri dan tingkah-laku.
Memang terdapat di kalangan orang-orang kafir yang memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W kerana mereka tidak melihat sebarang keistimewaan melainkan dia hanyalah manusia sebagai manusia biasa,tiada suatu yang luar biasa.Makan seperti mereka,berkahwin seperti mereka dan berjalan ke pasar seperti mereka juga.Firman Allah SWT:
"Dan mereka (orang-orang kafir) berkata:Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan-jalan di pasar?Mengapa tidak diturunkan kepaadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberi peringatan bersama-sama dengan dia".
(Surah al-Furqan ayat 7)
Inilah pemikiran sempit atau out to date yang datang dari kalangan manusia yang tidak beriman dengan Allah SWT,mereka mencari helah yang tidak munasabah.Sekalipun misalnya hasrat mereka dituruti oleh Allah SWT dengan mengutus malaikat sebagai Rasul,namun belum tentu mereka akan patuhi arahan malaikat yang menjadi pilihan mereka.
Itulah sebabnya Allah SWT datangkan seorang Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul,sebagai manusia terpilih yang diasuh secara langsung oleh Allah SWT untuk membina kemanusiaan.Tidak kira apa jenis atau bangsa dan warna kulit sekalipun,namun mereka tetap boleh mendapat contoh dan teladan yang terbaik dari Nabi S.A.W.
Firman Allah Ta'ala:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah suri teladan yang baik bagi kamu".....
(Surah al-Ahzab ayat 21)
Nabi Muhammad S.A.W dihantar ke dunia khususnya untuk menjadi contoh ikutan.Apa jua masalah yang dihadapi oleh manusia,maka lihatlah pada diri Rasulullah S.A.W nescaya akan ditemui contoh yang sebaiknya bagi menyelesaikan semua masalah kehidupan insaniah.Tidak ada permasalahan yang tidak boleh diselesaikan jika seseorang itu merujuk kepada kehidupan atau sunnah Nabi S.A.W.
Firman Allah SWT:"Jika kamu berbalah (kerana berlainan pendapat) tentang sesuatu (perkara),maka kembalikanlah kepada ia kapada Allah dan Rasul(sunnahnya)".....
Tidak ada perselisihan pendapat dan persengketaan dikalangan orang-orang yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul,sekiranya mereka menyerahkan kembali kepada Allah dan Rasul.Al-Quran medium rujuk paling utama,sementara Nabi S.A.W adalah contoh teladan yang mesti diikuti.Ketepikan segala kepentingan kelompok.Tetapi mengutamakan Allah dan Rasul bagi menyelesaikan sebarang pebezaan pandangan dan perselisihan..Wallahu Ta'ala A'laam..

1 ulasan:

annasru berkata...

Wah wah wah! Satu perkembangan yang menarik. Alfun Mabruk!!!!

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008