اصدقآئ

FENOMENA TA'ADDUD & TANAAWU' JAMA'AH

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki pada tahun 1924 masihi merupakan perancangan rapi yang dijalankan oleh musuh-musuh Islam sejak dari zaman berzaman.Musuh Islam tidak pernah memejamkan mata bagi memastikan kekuasaan Syaitan bertapak di bumi Allah dan sekali-kali tidak merestui Islam bersinar kembali dan bebas dari ideologi dan pemerintahan mereka.

Rentetan dari itu,umat Islam yang peka dengan situasi ini dan ingin mengembalikan Khalifah Islamiyyah dengan membentuk jamaah atau kumpulan yang bergerak bedasarkan tenaga-tenaga petugas atau kader dakwah yang mewaqafkan diri mereka kepada jamaah yang mereka intima'kan(gabungkan) tersebut.Jamaah terhasil dari gabungan manusia yang mahu melihat Islam kembali ditempat yang sepatutnya iaitu Islam sebagai sistem kehidupan manusia,Islam sebagai Daulah,Islam sebagai undang-undang,Islam sebagai politik dan ekonomi dan lain-lain.

Dalam kegairahan untuk menggapai cita-cita yang murni itu,lahir fenomena ta'addud(berbilang-bilang) jamaah yang semakin bercambah pada hari ini tanpa kita sedari.

Dalam konteks jamaah di Mesir ianya berbeza sangat jauh perbezaan dengan situasi ta;addud jamaah di Malaysia.Saya tidak mahu membandingkan jamaah-jamaah di sini seperti Ikhwanul Muslimin,tetapi hanya ditumpukan jamaah yang diintima’ oleh pelajar-pelajar yang belajar di bumi Kinanah(barakat) ini.ISMA adalah salah satu jemaah yang terkenal di kalangan pelajar-pelajar Mesir,ia juga dipanggil dengan ALAMI,IRC,JIM.Dikatakan penubuhannya adalah untuk menjadikan sebagai altenatif lain bagi PMRAM yang sudah lama ditubuhkan dengan sah,yang berdaftar dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Disini saya kemukakan 2 pandangan dari tokoh dunia Islam:

1. Dr Yusuf Al-Qardawi
“Tiada halangan ta’addud jamaah yang beramal untuk Islam,selama-mana keuzuran untuk mewujudkan kesatuan dengan sabit kelainan matlamat-matlamat,kelainan manhaj,kelainan kefahaman-kefahaman dan kelainan thiqah(kepercayaan) terhadap setengah uang lain,berdasarkan ta’addud takhasus dan berjenis dan bukan ta’adud pertentangan dan perlawanan.Semuanya hendaklah berdiri di dalam satu saf pada setiap perkara yang mengembalikan kewujudan Islam,Aqidah Islamiayyah,Syariah Islamiyyah dan umat Islam”.
Antara salah satu dalil yang di Kemukakan oleh beliau adalah seperti di bawah ini


Maksudnya:”Tolong-menolonglah kamu untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan”

(Surah al-Maidah : 20)

2. Al-Ustaz Fathi Yakan
“Lapangan Islam telah mengaksikan kelahiran harakah-harakah,tanzim-tanzim,persatuan-persatuan dan golongan-golongan Islam di atas ruang lingkup yang luas.Meskipun sesetengah orang berpendapat dan mengira demikian(ta’addud jamaah) satu fenomena sihat.Sesungguhnya di sepanjang kefahaman syara’ untuk amal islami,penentuan sahih bagi masalah Islamiayyah dan tindakan susulan terhadap apa yang berlaku,saya mengira ta’addud jamaah sebagi fenomena berpenyakitdan bahaya serta diperingatkan dengan akibat-akibat yang dahsyat yang tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah”.Beliau turut mendatnangkan dalil yang menunjukkan kepada tidak boleh ta’addud jamaah.

Maksud dari firman Allah Taala :”Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan dalam agama mereka sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata.Dan mereka yang bersifat demikian,akan beroleh azab seksa yang besar”

(Surah Ali Imran : 150)

Kedua-dua pandangan yang diketengahkan oleh dua tokoh yang begitu cakna dalam hal ini adalah pandangan yang tidak terpelihara dari implikasi positif dan negatif,kedua-duanya ada pendirian masing-masing yang memberi kita pilihan untuk kita hayati dalam meneruskan dakwah dalam arena perkembangan ilmu masa kini.

Hujah yang diketengahkan oleh Dr. Yusuf Qardawi adalah pandangan yang hanya sekadar teori dan ilmiah semata-mata,dan mustahil dalam keadaan ta’addud jamaah yang dialami pada hari ini dapat menolong antara satu sama lain,malah apa yang berlaku pada realitinya ialah dimana kepelbagaian jamaah akan menyebabkan terbantutnya perjalanan dakwah ianya juga melambatkan kemenangan kepada sesebuah jamaah,oleh kerana kekurangan tenaga petugas,akan tetapi berkemungkinan besar pandangan yang di ketengahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi ini akan menjadi kenyataan satu masa nanti.

Berlainan pula pandangan yang diketengahkan oleh Dr. Fathi yakan,yang mana beliau menegaskan bahawa mesti ada satu jamaah sahaja bagi sesebuah Negara.Ianya pandangan yang praktikal,dan ia telah diamalkan oleh kebanyakan jamaah di seantero dunia.Sebagaimana berlaku di Malaysia itu sendiri,di mana Parti Islam SeMalaysia(PAS) didokong oleh banyak fikrah di dalamnya,tidak lain dan bukan hanyalah untuk menjayakan matlamat parti itu.

Tidak dinafikan di Malaysia sendiri PAS sebagai gerakan Islam yang berwadahkan politik telah dipelopori oleh banyak jamaah,akan tetapi jamaah yang berada di bawah gerakan Islam ini saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain,inilah yang diistilahkan sebagai tanaawu’ jamaah.

Kesan-kesan ta’addud jamaah ini tidak dapat dihapuskan melainkan setiap jamaah menghitung dan menilai,adakah jamaahnya yang ditubuhkan dengan rasa tidak puas hati atau kerana Islam yang dicintai?.Kalau sayangkan Islam kenapa tidak berjuang melalui jamaah yang telah sedia ada,dan memperbaiki kesilapan untuk kebaikan Islam dan umatnya… renung-renungkan….

0 ulasan:

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008