اصدقآئ

Dari Darul Sa’adah Ke Darul Taqwa

Sudah menjadi lumrah kehidupan pelajar-pelajar di Mesir ini berpindah-randah,semestinya ia suatu masalah yang dibenci bagi kami,semua benda nak dipikulnya,tak dapat tidak situasi sebegini mesti dihadapi juga.Sikap sebahagian masyarakat arab yang kurang menyenangkan ini terpaksa pelajar-pelajar disini behempas pulas memastikan kehidupan di bumi yang terkenal dengan ketamadunan Firaun ini diteruskan,”inilah tarbiah di Mesir”.kata abang-abang yang sudah cukup masak dengan karenah masyarakat di sini.Tanggal 31 hari bulan 7,hari yang mustahil untuk dilupakan dalam memori pahit manis aku belajar di sini.
“Slm mawardi.esok ptg insyallah kita pindah ke dar taqwa.esok blik tanta ye.kami mlm ni,bru lps cuci rumah.”
Ini mesej yang aku terima dari ali-bait(kawan serumah) malam sebelum pulang dari Kaherah.Ketika tu aku tiggal di Kaherah Ibu kota Negara yang masyhur dengan tamadun Ilmu terawal pada suatu ketika dahulu ,aku ke sana pada asalnya untuk bertalaqqi(belajar dengan tok syeikh-syeikh),tapi….”ingatkan ada pengajian”,memang menjadi trend(ikutan) dari dulu lagi,sebelum aku menjejak kaki ke bumi Anbia ini,tiap-tiap kali cuti semesta pelajar-pelajar yang belajar di furu’(cawangan) al-Azhar akan ke Kaherah untuk bertalaqqi dan sebagainya.
Aku bertolak dari Ibu Kota itu pada awal pagi,kebetulan hari itu hari minggu.”alamak!! lupa pulak hari hari jumaat,mesti lewat sampai rumah ni”
“Ahh..apa-apa pun aku kena sampai juga kat rumah ni..barang-barang belum di packing lagi.”
Hampir sejam lebih aku menunggu tramco(van tambang) akhirnya dapat juga aku menghilangkan penat berdiri di panas terik menunggu van tambang yang tak pernah lekang dari penumpang.lebih-lebih lagi pada hari jumaat macam hari ni.”alah kalau setakat berhimpit lelaki dan perumpuan tu biasa la bagi orang-orang disini,”adi”(bahasa arab yang bermakna perkara biasa).Pada awal-awal dulu aku ni tergamam juga dengan keadaaan permuamalahan dengan orang-orang arab ni.memang begitulah yang perlu ditempuhi pada permulaan dulu.tapi sekarang dah macam arab”adi-adi”..haha…kadang-kadang tu dalam sesetengah perkara tu kami yang wafidin(orang asing) ni mengalahkan arab sendiri.”aik! lawan taukey nampak,hee….”.
Nasib menyebelahi aku,aku sampai di tanta lebih kurang jam 1.30 petang.ketika itu masih kedengaran di corong teling ini suara Khatib berkhutbah.Untung aku belajar kat Mesir ni.Kenapa? setiap kali hari jumaat aku dapat mendengar kahatib berkhutbah bukan membaca khutbah,beza tu! Kalau baca khutbah satu benda yang lazim dan wajib bagi setiap masjid di Malaysia membaca khutbah mengikut teks yang disediakan oleh pejabat-pejabat agama.Kata Malaysia Negara Islam,kononya agama Islam agama rasmi Negara itu.Sehinggakan nak berkhutbah pun pun ada di sediakan format untuk berkhutbah”tu bukan berkhutbah,tapi baca teks khutbah tolol”.
Memang tidak dinafikan khutbah yang keluar dari isi hati si khatib lebih mendapat tempat dan perhatian oleh para jamaah yang mendengar,kerana keikhlasan pengkhutbah menyampikanya.Berbeza dengan apa yang dibaca oleh khatib ketika waktu khutbah belansung,antara kelemahan yang nyata ialah kedapatan ahli jemaah yang tertidur dan mungkin isi-isi yang disampaikan kurang dicakna oleh para pendengar.Kadang-kadang tok khatib sendiri tidak memahami apa yang dibaca”perkara ini tak ubah seperti Burung Kakak Tua memberikan salam kepada tetamu yang datang ke rumah tuan rumahnya,hanya tahu berkata tapi tidak paham apa yang diucapkan..hahaaa..”.
Petang itu aku mengemas barang-barang aku,kelam-kabut dibuatnya,”macam mana tak kalut?”.
“kita pindah lepas asar,ustaz Nazirul bagitau ana”.ketika aku menayakan kepada ahli sebilik aku Asrizal.memang tak sempat nak relex pun.Selepas asar aku menunggu kenderaan yang akan datang mengambil barang-barang kami.
“Chevrolex(kenderaan pemunggah barang) datang ambil malam ni,maknanya sempat la enta kemas-kemas barang dulu Mawardi”pemberitahuan Ustaz Nazirul itu melegakan aku.
Seperti waktu yang dijanjikan selepas solat isyak,ammu(pak cik) Abu Bilal datang untuk mengambil barang-barang kami untuk dipindahkan ke Dar Taqwa,kawasannya tak berapa jauh dari Imarah Saadah(rumah lama) kami dulu.
Perkara yang menyedihkan lagi ketika bermuamalah dengan arab adalah berbohong dalam perkataan.”Bukan nak kata semua orang arab macam tu,tapi ghalibnya memang macam tu,bak kata papatah Melayu”Kerana Nila Setitik,Habis Susu Sebelanga”.Tabiat buruk mereka akan memberikan impak yang boleh menjatuhkan maruah umat Islam diseantero dunia.”pernah aku dengar,orang kata kalau nak tengok Islam,tengok la kepada masyarakat Arab di Mesir,kalau tak silap”. kelemahan orang arab bab duit dan percakapan,sangat lemah,memalukan.”Kalau setakat sumpah tu main-main jerr..,budak kecik umur 2 tahun pun dah pandai “Wallahil A’zim”(perkataan sumpah yang biasa digunakan).
Kadang-kadang tu pening dibuatnya memikirkan dengan tabiat buruk yang sebati dengan kehidupan harian mereka,Sepatutnya mereka yang menjadi contoh teladan kepada kita yang Melayu ni,sebab Quran,hadith dan semua usul ilmu agama dalam bahasa Arab.sememangnya mereka lebih mengerti dan faham apa yang Nabi Muhammad s.a.w tunjukkan.Mereka orang yang lebih dekat dengan para Anbia’.Dan memang Nabi-nabi datang dari bangsa Arab.Mereka lebih dulu menerima Islam dari negara-negara Nusantara seperti Melayu dan Indonesia.
Memang Nabi tak pernah bangga dengan keturunan Arab,yang diambil kira dalam Islam mereka yang paling bertaqwa ialah orang yang paling mulia.”Betul laa! Iman ni tak boleh diwarisi..alaa.. macam lagu Raihan tu..hikhik..
Bapa saudara Nabi sendiri tidak memeluk Islam sehingga meniggal dunia dalam keadaan tidak beriman dengan apa yang dibawa oleh anak saudara sendiri,orang yang paling dekat dengan baginda s.a.w.Nabi terlalu kecewa dengan kematian bapa saudaranya itu.wal iyya zubillah..

Moralnya manusia merupakan haq mutlak bagi Allah s.w.t,kita sebagai manusia hanya mampu berdoa sahaja dengan harapkan semoga Allah tunjuk mereka yang kita kehendaki dengan kebenaran.Allah mengurniakan hidayah pada siapa-siapa yang di mahukan.oleh dengan itu pohonlah moga kita selalu diberi petunjuk oleh ilahi dalam gerak-geri kita supaya apa yang kita lakukan diredhaiNya..



0 ulasan:

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008