اصدقآئ

Hukum Ramadhan 2

Salam Keampunan,

Soalan : Apakah hukum minum @ makan ubat pada siang hari di bulan Ramadhan , dan menagguhkan Qada(ganti) sehingga beberapa tahun , Bagaimana cara menggantikanya sekiranya ditangguhkan Qada tersebut?


Allah SWT telah menentukan tempoh puasa sebagaimana disebut di dalam kitab Allah SWT :

( وكلوا وأشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر , ثم أتم الصيام الى الليل )

Maksudnya : Dan makan dan minumlah sehingga terang kepada kamu benang putih daripada benang hitam daripada fajar , kemudian sempurnakanlah puasa hingga ke malam (waktu maghrib).


Waktu pengharaman bagi orang yang berpuasa dari melakukan perkara yang membatalkan puasa ialah dari waktu Fajar hingga terbenam Matahari ,dengan makna seseorang Islam yang layak berpuasa diwajibkan untuk menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasanya secara sengaja cth ; makan , minum , bersetubuh dll.Jika berlaku perkara yang dilarang oleh Syarak sepanjang tempoh puasa itu maka wajib untuk menqada’kanya (ganti) di hari lain.Hukum makan @ minum ubat adalah batal puasa dan wajib Qada (ganti) di hari lain.Firman Allah SWT dalam Al-Quran :


(فمن شهد منكم الشهر فليصمه , ومن كان مريضا أو على سفرفعدة من أيام أخر , يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر)



Maksudnya : Maka barangsiapa dari kalangan kamu melihat bulan maka berpuasalah , dan sesiapa yang sakit atau dalam permusafiran maka dibolehkan untuk mengantikan puasa pada hari lain , Allah SWT mahukan kemudahan dan tidak mahukan kesusahan dari kamu.

Adapun bagi mereka yang membatalkan puasa untuk meminum @ makan ubat , ia perlu digantikan puasa mengikut hari yang ditinggalkan tanpa perlu menambahkan selain dari puasa sahaja , dengan alasan minum @ makan ubat bagi orang yang itu adalah keuzuran yang diizinkan Syarak , dan juga dikira sebagai salah satu dari kemudaratan..Wallahu A’lam..


*Rujukan dan terjemahan Kitab Fatawa Dr Abdul Halim Mahmud , Jilid 2


Mohd Mawardi Bin Mohd Zain ,
Kuliah Syariah Islamiah , Tahun 3 ,
Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta ,
11 Ramadhan 1432 H | 11 Ogos 2011 ,
di ARWP Kaherah , bilik 602 ,
Jam : 10.40 malam ,




0 ulasan:

 


.:: SUNNAH PERJUANGAN ::. - Templates Novo Blogger 2008