Setelah sebulan kita dididik di dalam madrasah Ramadhan,maka tibalah masanya untuk diuji sejauh mana didikan Ramadhan mampu menjaga diri kita dalam menjalani kehidupan dalam bulan-bulan lain.Ketahanan seseorang dari melakukan murka Allah pada bulan-bulan lain,terletak pada sejauh mana dia menghayati Ramadhan dan mengambil manfaat Ramadhan yang disajikan padanya.
" Kun Rabbaniyan,Wala Takun Romadhonian" Kalam yang diwar-warkan Dr Yusuf Al-Qardawi,yang bermaksud kita mestilah menjadi hamba yang rabbani iaitu hamba kepada Allah s.w.t,Bukan menjadi hamba kepada bulan Ramadhan...
Realiti yang berlaku sekarang ialah,apabila pergi bulan Ramadhan maka akan lenyap segala amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan,masjid dan surau sunyi,tiada lagi tadarus Al-Quran,begitu juga dengan amalan-amalan lain.Setiap tahun kita menemui Ramadhan dan meninggalkannya.Tetapi masih tetap dengan sikap demikian.Apakah tuhan Ramadhan lebih power dari tuhan Syawal,Muharram dan lain-lain???...renung-renungkan.Tuhan yang menawarkan pahala yang berganda-ganda pada bulan Ramadhan,tuhan itu juga yang berkuasa pada bulan Syawal.
Akhirnya pada kesempatan Syawal ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini,dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Kullu Sanah Wantum Bikhair..
ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ?
-
Jawapan oleh : Ustaz Syed Shahridzan Mengenai bacaan al-Fatihah dengan
suara berbisik, terdapat nukilan dari kitab ‘Hasyiah Al-Syubramullisi ‘ala
al-Nihaya...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan